Elegant Rose

PECAHAN TERMUDAH

Pecahan Termudah ( Bahagian 1)









Hasil Pembelajaran:


1.) menentukan sama ada pecahan yang diberi adalah pecahan dalam
bentuk termudah

2.)menukar pecahan wajar dalam bentuk pecahan termudah dengan
membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama.

3.) menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah melalui proses pemansuhan.




Selamat bertemu kembali ....

Kali ini, kami akan membawakan kepada adik-adik satu cara mudah bagi menukar

pecahan menjadi bentuk pecahan termudah.

Mahu tahu CARANYA??

Jom kita lihat:...


Pertama, kita ambil satu pecahan iaitu 2 / 3


Seterusnya, kita senaraikan pecahan-pecahan setara bagi pecahan 2 / 3 tadi


antaranya ialah:
4 / 6

8 / 12,

10 / 15

12 / 18



antara semua pecahan setara itu, cuba adik-adik perhatikan

2 / 3 ialah pecahan dalam bentuk termudah

kerana apa???

cuba adik-adik lihat..

2 / 3 =

pengangka dan penyebutnya tidak boleh dibahagi dengan nombor yang sama

kecuali nombor 1

contoh lain,

5 / 12

juga merupakan pecahan dalam bentuk termudah kerana 5 dan 12 tidak

boleh dibahagi dengan nombor yang sama kecuali nombor 1


sudah faham adik-adik???

itu baru bahagian pertama..

nantikan bahagian seterusnya nanti..







banyakkan membuat latih tubi ye... :)