Elegant Rose

Tuesday 15 November 2011

PENAMBAHAN PECAHAN

JOM TENGOK VIDEO INI :)


MARI BELAJAR ....

Hasil Pembelajaran:

Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahan sama.
Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

MASIHKAH ADIK-ADIK INGAT?

terdapat 3 jenis pecahan



Nombor bercampur terdiri daripada:



Pembelajaran hari ini tertumpu kepada Pecahan :


lihat contoh-contoh di bawah:


nombor bercampur tambah nombor bulat


Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.

contohnya:
1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2

nombor bercampur + pecahan wajar yang sama penyebut



1 1/4 + 1/4 = 1 2/4
namun begitu,
1 2/4 ialah SETARA dengan 1 1/2
..oleh itu..
jawapan adik-adik hendaklah ditulis dengan pecahan setara yang kecil

nombor bercampur + nombor bercampur (penyebut yang sama)



maka adik-adik,
TAMBAHKAN nombor bulat terlebih dahulu
kemudian,
barulah TAMBAHKAN pecahan

1 + 1 = 2
1/4 + 1/4 = 1/2
2 + 1/2 = 2 1/2
^ selamat mencuba adik-adik ^

JOM KITA CUBA

2 + 9/10 =

5/6 + 2 =

3/8 + 2 5/8 =

7 4/9 + 2/9 =

2 2/5 + 7 1/5 =

3 5/8 + 2 1/8 =

~ SELAMAT MENCUBA~





">JOM TENGOK VIDEO INI:)

Tuesday 8 November 2011

MENUKAR PECAHAN

Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?


Pecahan wajar:

- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7

 Pecahan tak wajar:



 - pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau sama dengan penyebut - (pengangka ≫ penyebut) - contoh, 6/5


 Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut: 

 bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna? antara caranya ialah:

 9 ÷ 3 = 3 9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.

 oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. jumlahnya ialah 3. jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

 Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

 Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1

 Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:





1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi


(untuk lebih memahami sila rujuk pengiraan di bawah )



Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya:


~ GOOD LUCK ~

Wednesday 2 November 2011

LAMAN UTAMA

Assalamualaikum kawan-kawan....

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini.
Apa yang saya hendak kongsi bersama kawan-kawan adalah mengenai salah satu
topik matematik iaitu PECAHAN.

InsyaAllah sama - sama kita berkongsi ilmu bagi menimba ilmu supaya kita tidak cetek dengan ilmu pengetahuan.Jom sama-sama kita berkongsi ilmu...