Elegant Rose

Sunday 11 December 2011

PEMBAHAGIAN PECAHAN...



Untuk membahagi dengan satu pecahan yang lain, cuma darabkan dengan salingan pecahan tersebut (diterbalikkan).


Untuk memahami bagaimana ia dilakukan, lihat keterangan berikut:
6 inci dibahagikan dengan 3 inci = 2 ,bermaksud kita boleh bahagikan 6 inci kepada 2 bahagian yang berukuran 3 inci setiap satu.
6 batu dibahagikan dengan 3 batu = 2, bermaksud kita boleh bahagikan 6 batu kepada 2 bahagian yang berukuran 3 batu setiap satu.
6/2 dibahagikan dengan 3/2 = 2, bermaksud kita boleh bahagikan 6/2 kepada 2 bahagian yang bersaiz 3/2 setiap satu.
Untuk pembahagian pecahan-pecahan yang mempunyai penyebut yang sama, cuma bahagikan pengangkanya sahaja dan buangkan penyebutnya.
PENOLAKAN PECAHAN ...

LIHAT VIDEO INI...

Assalammualaikum...


Ahamdulillah,setelah hampir dua bulan blog ini tercipta banyak respon dan pendapat dari kawan- kawan yang berguna sepanjang pembinaan blog ini. Saya amat berterima kasih pada semua rakan yang sama-sama mengikuti program PPG ini untuk menambahbaik laman blog saya ini terutamanya pada Pensyarah EL A32 ( Puan Roznim Bt Mahamad Rassli) di atas tunjuk ajar nya...

Saturday 3 December 2011

DENGARKAN LAGU INI...



Tanpa kita sedar,pecahan dalam kehidupan seharian kita...:)

Tuesday 15 November 2011

PENAMBAHAN PECAHAN

JOM TENGOK VIDEO INI :)


MARI BELAJAR ....

Hasil Pembelajaran:

Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahan sama.
Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

MASIHKAH ADIK-ADIK INGAT?

terdapat 3 jenis pecahan



Nombor bercampur terdiri daripada:



Pembelajaran hari ini tertumpu kepada Pecahan :


lihat contoh-contoh di bawah:


nombor bercampur tambah nombor bulat


Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.

contohnya:
1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2

nombor bercampur + pecahan wajar yang sama penyebut



1 1/4 + 1/4 = 1 2/4
namun begitu,
1 2/4 ialah SETARA dengan 1 1/2
..oleh itu..
jawapan adik-adik hendaklah ditulis dengan pecahan setara yang kecil

nombor bercampur + nombor bercampur (penyebut yang sama)



maka adik-adik,
TAMBAHKAN nombor bulat terlebih dahulu
kemudian,
barulah TAMBAHKAN pecahan

1 + 1 = 2
1/4 + 1/4 = 1/2
2 + 1/2 = 2 1/2
^ selamat mencuba adik-adik ^

JOM KITA CUBA

2 + 9/10 =

5/6 + 2 =

3/8 + 2 5/8 =

7 4/9 + 2/9 =

2 2/5 + 7 1/5 =

3 5/8 + 2 1/8 =

~ SELAMAT MENCUBA~





">JOM TENGOK VIDEO INI:)

Tuesday 8 November 2011

MENUKAR PECAHAN

Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?


Pecahan wajar:

- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7

 Pecahan tak wajar:



 - pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau sama dengan penyebut - (pengangka ≫ penyebut) - contoh, 6/5


 Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut: 

 bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna? antara caranya ialah:

 9 ÷ 3 = 3 9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.

 oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. jumlahnya ialah 3. jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

 Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

 Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1

 Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:





1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi


(untuk lebih memahami sila rujuk pengiraan di bawah )



Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya:


~ GOOD LUCK ~

Wednesday 2 November 2011

LAMAN UTAMA

Assalamualaikum kawan-kawan....

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini.
Apa yang saya hendak kongsi bersama kawan-kawan adalah mengenai salah satu
topik matematik iaitu PECAHAN.

InsyaAllah sama - sama kita berkongsi ilmu bagi menimba ilmu supaya kita tidak cetek dengan ilmu pengetahuan.Jom sama-sama kita berkongsi ilmu...

Monday 31 October 2011

PECAHAN TERMUDAH (BAHAGIAN 2)

Selamat bertemu kembali !!


Kali ini, kami akan menyambung berkenaan pecahan termudah bahagian 2 pula


Okey, apa yang adik-adik tahu mengenai proses pemansuhan??

Tidak tahu??


Mari kami ajarkan..:)

Proses pemansuhan itu berlaku apabila kita menulis satu pecahan dalam


bentuk termudah, proses membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang


sama boleh diringkaskan.


Kita ambil satu pecahan iaitu

6 / 10 = 6 3 / 10 5 = 3 / 5

Nampak tak adik-adik??

Hal ini terjadi kerana kedua-dua angka 6 dan 10 ada dalam sifir 2


Jadi, kita menggunakan proses pemansuhan untuk terus memudahkan urusan


mendapatkan pecahan termudah


Mudah bukan adik-adik??


Di sini satu lagi contoh diberikan:

24 / 30 = 24 4 / 30 5 = 4 / 5

Kita dapat lihat bahawa proses pemansuhan ini adalah salah satu cara untuk

mendapatkan pecahan termudah...


Matematik ini senang bukan??